(Video) 44 cedera dilanda ombak tsunami di taman teman air selepas mesin tiba-tiba rosak


Seramai 44 pelancong cedera selepas dilanda 'ombak tsunami' di taman hiburan air di China, lapor South China Morning Post (SCMP). 

Dalam kejadian yang berlaku di Yulong Shuiyun Water Amusement Park di Longjing, berhampiran sempadan Korea Utara, lima mangsa masih dirawat di hospital kerana tulang rusuk retak. Namun keadaan mereka stabil. 

"Siasatan awal mendapati, insiden itu berlaku berpunca dari litar pintas yang menyebabkan peralatan elektronik di dalam bilik kawalan, rosak lalu menyebabkan ombak tsunami menjadi terlalu besar sehingga mencederakan orang ramai," kata sumber. 

Ekoran kejadian itu, taman tersebut ditutup dan siasatan sedang dijalankan. 

Klip video viral menunjukkan ombak tiba-tiba menjadi besar lalu menghentam semua mangsa termasuk kanak-kanak. 


Pada Selasa lalu, pekerja taman itu berkata, kemalangan itu berpunca dari mesin yang rosak dan menolak dakwaan ramai kononnya pekerja di situ tidak tidak mengawal bilik kawalan dengan baik. 

Difahamkan, pihak berkuasa telah selesai menjalankan siasatan dan premis itu akan dibuka semula seperti biasa pada keesokan hari. 


Sumber : thereporter.my