(Video) 'Mak tak bagi tinggal dalam rumah' - Remaja OKU didera, disuruh duduk & tidur di luar rumah setiap hari


Seorang remaja perempuan OKU pembelajaran dipercayai didera oleh ibu dan abang kandungannya dalam kejadian di Kampung Gial, Arau, semalam, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu selepas ia viral di media sosial sejak malam tadi. 

Ibu (40) dan abang kandung (15) mangsa telah dipanggil polis untuk diambil keterangan. 

Menurut jiran yang prihatin, mangsa dibiarkan tidur di luar rumah dan diabaikan keluarganya yang berniaga di luar kawasan rumah. 

Mangsa juga dipercayai dipukul berdasarkan penemuan kesan kecederaan lama di bahagian belakang badan, pergelangan tangan kiri dna kesan luka baru di belakang leher. 

Polis masih menunggu pengesahan dari pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Perkongsian dari Twitter Jurais: 

Adik Ain, 14 tahun (tak bersekolah) masalah pembelajaran. Jam 6 pagi. 

"Awat tak masuk rumah?" 

"Mak tak bagi duduk dalam rumah". 



Saya harap kawan-kawan dapat sebarkan kekejaman mak dan bapak tiri adik ini. Actualy tak tahu nak tolong macam mana. Sumpah aku nak menangis dengar story dia. Please. 

Nak dijadikan cerita selepas subuh tadi, aku duduk di luar rumah kakak aku kat Mata Ayer, Arau. Selepas itu aku terdengar ada orang duduk main ketuk-ketuk dekat rumah sebelah sebab yang aku perasan sebelum subuh tadi, satu family dah keluar, depa pergi meniaga. Rupanya dia tinggalkan anak dia yang sebam ni. 


Tengoklah, rumah berkunci siap dengan mangga. Tidur tanpa ada selimut dan beralaskan lantai. Hmm, tuhan saja yang tahu perasaan bila tengok dia duduk macam tu. 

"Mak rajin buat kami. Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duduk kat luar. Hari-hari kena duduk luar. Kadang malam-malam pun kena tidur kat luar." 



Hasil deraan mak bapak dia. 


Aku sumpah lemah dengan ayat dia. Kena pukul dengan buluh, kena simbah dengan air panas, kena kepik dengan playar.  Mak dia ingat anak tu tahanan ISA ke? Tapi gais, anak syurga ini tetap hati mulia. Dengar apa dia cakap. 



Apa maklumat yang aku dapat, bukan dari orang ketiga atau dengar-dengar cerita orang. Aku dengar dari mulut dia sendiri. Susah juga budak berumur 14 tahun sembam macam ni nak menipu. 





Sumber : thereporter.my