--> Skip to main content

Bacaan IPU Di Beberapa Kawasan Masih Tinggi


Selepas seminggu juga penduduk di sekitar Lembah Klang hadapi jerebu, kini kebanyakan kawasan di Malaysia catatkan indeks pencemaran udara pada bacaan sederhana. IPU menunjukkan bacaan di bawah 100, namun Selangor masih mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 105.

Mengikut kepada bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia pula, bacaan IPU di Klang telah meningkat pagi tadi dari 104 kepada 107.

Kelantan mencatatkan bacaan sederhana 93 manakala Bandar Indera Mahkota, Pahang mencatatkan bacaan 88 pada 10 pagi.

Di Batu Muda, Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan bacaan 81 manakala di Cheras, Kuala Lumpur 78.

Sementara itu, Limbang, Sarawak serta Kimanis dan Tawau di Sabah menunjukkan bacaan paling rendah iaitu 55.

Untuk pengetahuan korang, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 07 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...