--> Skip to main content

Ejen Ali The Movie Pada Tahap Berbeza, Tonton Trailer Rasmi Misi Neo


Seperti apa yang Ohmedia maklumkan sebelum ini, tahun ini akan menjadi satu tahun yang amat istimewa buat industri animasi Malaysia apabila 3 siri animasi seperti Upin Ipin, BoBoiBoy dan Ejen Ali, masing-masing mengeluarkan filem mereka. Hari ini Ohmedia amat teruja untuk melihat pula trailer rasmi pertama filem Ejen Ali The Movie : Misi Neo yang baru sahaja dikeluarkan.

Jom tonton trailer rasmi Ejen Ali The Movie : Misi Neo


Jika dilihat dari trailer di atas, apa yang Ohmedia dapat katakan jelas menunjukkan animasi Ejen Ali mempunyai grafik yang lebih menarik dan detail. Mesti korang dapat tengok macam mana rambut-rambut watak Ejen Ali ni bergerak. Tak sabar rasanya nak tengok filem Ejen Ali ni yang dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Bagi korang yang baru tahu mengenai animasi dari Wow Animation ni, Ohmedia syorkan untuk korang pergi layang dulu semua siri Ejen Ali di YouTube untuk musim pertama dan kedua. Lepas tu baru layan filem dia pula ok. Bertindak segera!




+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 03 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...