--> Skip to main content

Gadis meninggal dunia selepas digigit kutu dari kucing


Remaja perempuan berusia 16 tahun dari Phetchabun, Thailand, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah selepas digigit oleh kutu. 

Remaja berkenaan, Sunisa, dan keluarganya membela beberapa ekor kucing dan menurut neneknya, Sunisa telah digigit oleh kutu dari salah seekor kucing tersebut. 

Gigitan itu menyebabkan Sunisa mengalami demam, gatal, sakit gulang dan bengkak di seluruh badannya. 

Sunisa makan ubat dan pergi ke sekolah seperti biasa. Tetapi tahap kesihatannya semakin merosak, lalu dibawa keluarganya ke hospital. 

Keadaannya tidak menunjukkan perubahan positif dan dia dibawa ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan. 

Malangnya, Sunisa disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin, 6 Ogos lalu. 

Nenek mangsa berkata, mereka membela terlalu banyak kucing di rumah kerana ada individu yang membuang haiwan itu di depan pintu rumah mereka. Atas dasar kasihan, mereka mula membela kucing-kucing itu. 

Difahamkan, ada tujuh ekor kucing dibela oleh mereka tetapi selepas kematian Sunisa, kesemua kucing itu diberikan kepada orang lain. 



Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 08 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...