--> Skip to main content

'Kita bukan rasis, tetapi ia tak perlu dipaksa masuk dalam sukatan pelajaran' - Presiden MCA pertahankan Dong Zong


Susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dong Zong sebagai pertubuhan rasis, Presiden MCA Wee Ka Siong tampil mempertahankan pertubuhan itu. 

Wee berkata, bantahan terhadap pengenalan tulisan jawi dan seni khat itu bukan tentang perkauman tetapi berkenaan hala tuju pendidikan pelbagai aliran di Malaysia. 

"Kita bukan rasis, ramai orang membantah dasar ini bukan kerana kita benci tulisan Jawi, tetapi kita menghormati nilai budaya dan kesenian serta menghormati khat Jawi, (tetapi ia sebaiknya) diterapkan dalam pendidikan seni atau secara elektif. Ia tak perlu dipaksa masuk ke dalam sukatan pelajaran. 

"Ini bukan persoalan perkauman, ini adalah masalah hala tuju pendidikan pelbagai aliran," katanya menerusi kenyataan dalam bahasa Mandarin di Facebooknya hari ini yang disertakan dengan hashtag "MCA jadi tulang belakang pendidikan Cina". 

"Jika mempertahankan pendidikan pelbagai aliran dikatakan rasis, bagaimana dengan kenyataan 'Cina Kaya' dan mempertahankan sistem kuota di matrikulasi?" soalnya. 

Menurut Wee lagi, bukan hanya Dong Zong membantah perkara itu, malah masyarakat India, pertubuhan agama dan sejumlah tokoh dan ahli akademik Melayu turut membantah sama. 

"Jangan semarakkan sentimen perkauman dengan menggunakan pendidikan Cina sebagai alat politik untuk memecahkan rakyat Malaysia untuk matlamat politik," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 13 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...