--> Skip to main content

Kumpulan Haji Yang Dihantar Pulang Dakwa, Visa Nama Mereka Tapi Muka Orang Lain

Sumber Berita Harian
Semalam kecoh di media massa mengenai sekumpulan rakyat Malaysia yang dihantar pulang kembali ke tanah air malam tadi selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan mereka menunaikan haji.

Ini kerana, visa furada yang mereka perolehi mempunyai masalah teknikal. Dakwa seorang mangsa, Sabariah Osman berkata beliau tidak mengenali wajah individu yang keluar selepas visa hajinya di imbas.

Sumber Berita Harian
Pihak agensi pelancongan yang mengendalikan urusan haji itu telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Penagarah Hajar Sazrul Travel & Tours, Mohamad Sazrul Iqram Rozlan mendakwa visa Furada berkenaan diuruskan oleh pegawai Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Dipetik daripada Berita Harian, Sabariah tidak menyalahkan agensi pelancongan berkenaan tapi berasa ini kesilapan di pihak sana (Arab Saudi) katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Jeddah dan Lembaga Tabung Haji (TH) yang turut bertemu mereka ketika terkandas.


Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 08 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...