--> Skip to main content

Lagi Pemimpin Dikerjakan Oleh Rakyat Akibat Gagal Tunai Janji

Sumber Google
Masih ingat Javier Jiminez? datuk bandar yang dipaksa berpakaian wanita dan diarak keliling kota? Kali ini nasib yang sama menimpa rakan sejawatnya, datuk bandar bagi negeri Chiapas, Mexico apabila dia juga gagal menunaikan janji.

Akibat gagal tunai janji, datuk bandar berkenaan diikat pada sebatang tiang besi. Kejadian itu berlaku apabila Pedro Damian Gonzalez Arriaga mengadakan lawatan kerja di pekan kecil La Laguna.

Permulaannya dari kejadian berkenaan apabila penduduk meminta bajet khas untuk pekan mereka. Namun datuk bandar berkenaan tidak mampu untuk memberikan bajet berkenaan kerana ia akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam bajet perbandaran.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan datuk bandar berkenaan, penduduk bertindak mengikat Arriaga pada sebatang tiang besi dan beliau turut dibotakkan oleh penduduk di pekan berkenaan.

Dipetik dari Sinar Harian, mereka memberitahu wartawan bahawa tindakan itu dibuat selepas berasa tertipu dengan manifesto Arriaga yang gagal ditunaikan termasuk memperbaiki sistem pengangkutan awam serta beberapa projek berkepentingan awam. Arriaga juga turut dituduh menggunakan dana awam untuk menghiasi pejabatnya.

Sumber : Sinar Harian


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 08 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...