Sumber dari Google |
Kajian terbaru mereka, Penuaan di Malaysia mendapati bahawa peratusan rakyat Malaysia bimbang dengan usia tua lebih tinggi berbanding dengan peratusan bimbang usia seluruh dunia, dengan statistik sebanyak 62 peratus berbanding 52 peratus. Punyalah tak nak cepat tua, kajian tersebut turut mendedahkan mereka akan usia 56 tahun sebagai usia permulaan untuk hidup tua.
Kajian ini turut mendedahkan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap penuaan diimbang dengan perkembangan teknologi yang akan memudahkan kehidupan mereka. Walaupun bimbang akan dengan penuaan, rakyat Malaysia merasakan mereka boleh buat persediaan awal mengenainya.
Dipetik dari Sinar Harian, kajian tersebut diperoleh daripada kaji selidik Global Advisor yang dijalankan antara 24 Ogos hingga 7 Sept tahun lepas, melalui sistem Panel Dalam Talian Ipsos dengan melibatkan 20,788 individu berusia 16 hingga 64 tahun di 29 negara termasuk Malaysia.
Sumber : Sinar Harian
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Travel
Sumber: Oh! Media