Sumber dari SoyaCincau |
Alhamdulillah!— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 21, 2019
Kabinet sebulat suara meluluskan modal Ekonomi Gojek-DegoRide. Terima kasih kepada semua yang membantu dalam merealisasikan impian ini, khususnya YAB @chedetofficial & Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Let’s work even harder for the Youths!#Gojek#YouthPower pic.twitter.com/ZM2al2cRax
Walaubagaimanapun, masih ada yang mempersoal pelaksanaanya oleh netizen di media sosial kerana ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum Gojek-DegoRide ini dilaksanakan sebagai model ekonomi.
Yang pertama adalah isu keselamatan. Seperti mana kita tahu, penunggang motosikal kekal penyumbang terbesar kadar kemalangan jalanraya. Jadi untuk jaminan masa depan bagi penunggang Gojek-DegoRide ini nanti, perlu ada piawaian yang dimesti dipatuhi, misalnya mempunyai insurans nyawa dan kemalangan atau diletakkan dibawah PERKESO.
Untuk penumpang pula, perlu ada insurans dari Gojek-DegoRide untuk melindungi penumpang sekiranya berlaku kemalangan. Modul khas untuk penunggang Gojek-DegoRide tetang cara tunggangan yang betul bila membawa penumpang juga perlu diperkenalkan.
Perkhidmatan ini juga mampu mengundang fitnah. Kerana majoriti penunggang Gojek-DegoRide adalah lelaki. Menurut mufti Selangor, keadaan ini jelas menunjukkan tidak sopan dan tidak bercirikan Islamik. Menaiki motosikal bersama bukan mahram adalah tak diharuskan.
Selain itu, turut dititik beratkan adalah pendapatan pemandu teksi. Perlu ada mekanisma khusus untuk mewujudkan situasi menang-menang oleh kerajaan supaya pendapatan teksi tidak terjejas sekiranya perkhidmatan ini dilaksanakan kelak.
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Travel
Sumber: Oh! Media