Adira baru je dapat baby ketiga semalam tetiba muncul pula khabar angin yang mengatakan dia dah kena cerai time dia tengah sarat mengandung. Amboi! Siapa buat fitnah pula ni?
Untuk pengetahuan korang, Adira memang menafikan pasal benda ni sebab selama ni dia okay je dengan suami dia. Sis tak tahulah kenapa orang sanggup buat cerita yang tak sahih semata-mata nak dapat banyak rating.
Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya. Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja. Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya.
Suami dia, Dato Red memang terkejut bila dapat tahu pasal benda ni tau dan dia anggap gosip berita ni memang mengarut! Dia masih boleh fikir lah gais, takkan lah dia benda macam tu pula. Korang ni pun satu, janganlah buat cerita sendiri sampai nak hancurkan rumahtangga orang. Apa korang dapat kalau buat macam tu? Rasa puas hati?
Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini. Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Moto Vlog
Sumber: Oh! Media