Viral di media sosial gambar seorang lelaki memegang plakad yang mengatakan dia mahu menjual buah pinggangnya kerana terdesak untuk membayar hutang Ah Long.
"Saya ingin derma buah pinggang, darah jenis B," tulisnya di plakad itu berserta dengan nombor telefonnya sambil duduk di belakang but kereta ditemani dua anaknya.
Menurut sumber, gambar itu dirakam di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam baru-baru ini.
Lelaki berusia 31 tahun itu yang dikenali sebagai Saiful berkata, dia sebenarnya mahu menjual buah pinggangnya sendiri, bukannya mahu menderma seperti yang tertulis pada plakad itu.
Namun dia terpaksa menggunakan perkataan derma kerana jika tulis 'jual', dia bimbang orang ramai meyangka dia nak menjual anak atau organ anaknya sendiri.
"Sebenarnya saya nak jual buah pinggang sendiri. Bila orang datang kepada saya, barulah saya beritahu hal sebenar," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Tambahnya, dia telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ sejak 2012 lagi dan kini menetap bersama anak dan isterinya di Bukit Mertajam.
"Dua bulan lalu saya ada hutang Ah Long sebanyak RM3,000 untuk modal bisnes jual ayam goreng di gerai berhampiran tempat tnggal kami. Sekarang saya perlu bayar balik kepada Ah Long RM36 setiap hari.
"Untung kasar saya antara RM60-RM50 sehari. Selepas tolak duit bayar Ah Long, masih tak cukup nak menyara keluarga. bayar bil, sewa rumah dan komitmen lain." katanya.
Pernah mendapat bantuan RM100 dari Pusat Zakat Pulau Pinang bulan lalu, tetapi dia tidak menangguhkan hasrat untuk mendapatkan bantuan yang seterusnya kerana dia kehilangan MyKad buat kali ketiga dan tidak mampu membayar denda kehilangan myKad.
Disebabkan itu dia lebih rela menjual buah pinggangnya sendiri daripada menanggung malu untuk menerima bantuan kewangan daripada kedua-dua belah keluarganya dan mentua.
Menyedari gambarnya viral, Saiful mengakui mendapat banyak mesej sehingga membuatkan dia berasa tertekan.
"Saya tidak kisah berapa banyak mereka nak bayar untuk beli buah pinggang saya, asalkan ia dapat menyelesaikan masalah kewangan dan bebanan hutang saya." katanya.
Tetapi jauh di sudut hatinya, dia berhasrat mendermakan buah pinggangnya dengan menggunakan saluran yang betul.
Sumber: Pinang Kini, mStar Online
Sumber : thereporter.my