--> Skip to main content

Sekumpulan Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Mengerjakan Haji, Dihantar Pulang Malam Tadi


Semalam Ohmedia dapat berita tentang sekumpulan 26 rakyat Malaysia yang terkandas di Jeddah setelah tiba dengan penerbangan komersil dari KLIA. Mereka tiba di Jeddah untuk mengerjakan haji pada musim ini.

Walaubagaimanapun sekumpulan rakyat Malaysia ini tidak dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan haji. Menurut Timbalan Menteri Fuziah Salleh, kemasukan mereka tidak dibenarkan dipercayai kerana masalah teknikal yang timbul pada visa furada mereka yang mereka perolehi.

Tambah beliau, walaupun tidak dibenarkan mengerjakan haji, kebajikan dari segi makan dan minum mereka akan dijaga oleh petugas haji meskipun mereka pergi bukan dibawah Tabung Haji, dipercayai dibawa oleh agensi pelancongan.

Dipetik dari Buletin TV3, ini kerana kumpulan berkenaan juga dilaporkan melalui proses pemeriksaan imigresen yang biasa dan tidak melalui Laluan Makkah yang dikhususkan kepada jemaah haji.



Menurut kiriman Facebook oleh Consulate General of Malaysia, Jeddah, dimaklumkan kumpulan tersebut telah selamat pulang ke Malaysia melalui pesawat MH151 pada pukul 8.40 malam tadi waktu tempatan dan dijangka tiba di KLIA pada hari ini, jam 11.20 waktu Malaysia.



Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel



Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 07 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...