--> Skip to main content

Siapa Sangka Chris Brown Akan Buat Begikut Kepada Kilafairy?


Fuhh! Ohmedia pun turut tumpang bangga dengan pencapaian seorang pelakon dan penyanyi, Kilafairy apabila bintang antarabangsa, Chris Brown yang merupakan seorang penyanyi Amerika Syarikat itu telah Follow Back di Instagram. Korang bangga tak?

Perasaan teruja dan tidak sangka itu dikongsi Kilafairy apabila Chris dikatakan telah memberi reaksi terhadap gambar dikongsinya di IG Story.


Ketika itu, saya memuat naik gambar memakai baju jenama keluaran Chris, iaitu Black Pyramid, di IG Story. Tidak semena-mena, dia memberikan reaksi ‘like’ kepada IG story berkenaan. Beberapa jam selepas itu, saya sangat terkejut kerana dia turut mengikuti saya semula di laman sosial terbabit.

Untuk korang yang mungkin tidak tahu, Kilafairy adalah adik kepada penyanyi Rohana Jalil dan sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Sean Kingston dan DJ Aku Ash dalam lagu Put The World In.

Selain terkejut, rasa teruja dan macam bermimpi pun ada sebenarnya. Dia memang antara penyanyi antarabangsa kegemaran saya. Semua orang tahu, dia antara legenda muzik masa kini. Menariknya, dialah artis antarabangsa pertama yang menyaksikan kami saling mengikuti di Instagram,” katanya.

Macam manapun, setiap orang pasti akan berasa teruja bila seseorang yang kita gemari dan gilai telah memberikan respon dan nampak kewujudan kita. Artis kegemaran korang Follow Back tak?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 24 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...