--> Skip to main content

Suami isteri & bayi berusia setahun rentung dalam kebakaran


Pasangan suami isteri bersama dengan bayi mereka yang berusia setahun dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, Slim River, hari ini. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 3.52 pagi dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River ke lokasi.

BBP Kuala Kubu Bharu, Selangor dan BBP Tanjung Malim turut dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu. 

Ketika operasi pemadaman dijalankan, anggota BBP menemui tiga mayat mangsa dalam keadaan rentung di bilik pertama kediaman itu. 






Mangsa dipercayai suami isteri berusia 30-an dan bayi mereka berusia setahun lebih. 

Ketiga-tiga mayat itu diserahkan kepada polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Slim River untuk dibedah siasat. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 19 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...