--> Skip to main content

Tak Dapat Bayangkan Letupan Bom Tiba-Tiba Berlaku Dalam Majlis Perkahwinan


Tak terbayang Ohmedia bila majlis yang serba indah bertukar menjadi satu tragedi yang membuatkan ramai terkorban. Inilah yang berlaku di ibu negara Afghanistan apabila sebuah majlis perkahwinan telah menjadi sasaran pemberontak dengan meletakkan letupan sehingga mengakibatkan lebih 63 orang maut dan 182 orang lagi cedera.

Letupan itu berlaku malam tadi dan difahamkan, ketika itu Washington dan Taliban dalam peringkat akhir rundingan pengurangan jumlah tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. Namun, pihak Taliban menafikan mereka terlibat dalam letupan terbabit.


Antara mangsa yang cedera ialah wanita dan kanak-kanak. Semua orang berlari keluar sambil menjerit dan menangis. Selama kira-kira 20 minit, dewan itu dipenuhi kepulan asap. Hampir semua tetamu di bahagian lelaki sudah tidak bernyawa atau cedera parah.

Untuk pengetahuan korang, rupa-rupanya masjlis perkahwinan memang sering menjadi sasaran pemberontak di Afghanistan dan ini kerana ia mudah diceroboh kerana kurangnya kawalan keselamatan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 18 August 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...