(Video) Bayi hidap cerebral palsy dibuang di tepi jalan


Seorang bayi lelaki yang menghidap cerebral palsy dibuang di tepi jalan di China tanpa sebarang kelengkapan kecuali alas tidur dan botol susu. 

Klip video penemuan bayi itu tular di media sosial dan difahamkan mangsa berusia setahun lebih itu ditemui di tepi Jalan Huiwu dan bandar Huixan, Henan pada 31 Julai. 

Ibu bapanya dipercayai sudah berputus asa menjaga mangsa yang menghidap cerebral palsy. 

Pegawai Polis dari Balai Polis Huqiao menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan penemuan mangsa. 

Mangsa dibawa ke Hospital Huixian untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan mangsa menghidap cerebral palsy dan dipercayai dibuang kerana keadaannya itu. 






Mangsa tidak berkemampuan untuk bercakap mahupun berjalan, namun tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badannya. 

Sehingga kini, tiada sesiapa yang datang menuntut kanak-kanak itu dan mangsa diserahkan kepada badan kebajikan daerah itu sementara polis melakukan siasatan. 


Sekiranya ibu bapanya ditemui, mereka berdepan dengan dakwaan membuang anak. 

Setiap tahun, kira-kira 100,000 kanak-kanak dibuang di China kerana menghidap penyakit atau kurang upaya. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my