Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang Sabtu (17/07/2019), di Petronas Saujana Puchong, pemilik kereta sebelum itu keluar dari kereta (kunci ditinggalkan) dan pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.
Datang seorang lelaki yang secara tiba-tiba masuk ke dalam kereta itu, terus menghidupkan enjin, membuat pusingan U dan memecut keluar dari stesen itu.
Mangsa yang menyedari keretanya dilarikan, terus bergegas cuba menghalang suspek, tetapi gagal berbuat demikian.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat kejadian itu tidak mungkin akan berlaku sekiranya pemilik tidak meninggalkan kunci di dalam keretanya.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
Sumber : thereporter.my