(Viral) 'Ha! Viral! Ingat aku takut ka?! Kamera pandang muka aku!'


Viral di media sosial sejak 22 Ogos lalu, seorang pemandu bas terpaksa berdepan dengan lelaki yang degil, enggan mengalihkan kenderaannya setelah diminta berbuat demikian. 

Menurut Zull Helmy, kejadian itu berlaku di depan Hotel Maytower dan pada hari kejadian bas membawa sekumpulan pelancong yang menginap di hotel berkenaan. 

Pemandu bas mahu menurunkan penumpang di hadapan hotel tersebut, namun ada beberapa buah kereta parkir di depan hotel itu. 

"Tourist Guide dan driver minta cara elok tetapi dia ambil handphone nak rakam bagi tujuan viral, kemudian buat tuduhan kata nak halau. 

"Pada hal guide dan driver minta cara elok untuk alihkan kenderaannya ke depan agar bas dapat menurunkan penumpang," kata Zull Helmy. 

Namun lelaki itu enggan berganjak dan menuduh pengadu dan rakannya biadab serta berlagak gengster. Sedangkan dua individu itu sudah menjelaskan tujuan mereka meminta dia beralih ke depan untuk menurunkan penumpang. 

Keadaan menjadi semakin tegang apabila pengadu mula hilang sabar dan mula menjerkah lelaki terbabit. Tetapi hasilnya tetap sama, lelaki itu tetap berdegil. 

Oleh kerana tiada pilihan lain, pemandu bas terpaksa meminta penumpangnya turun di hadapan kereta lelaki itu. 




Kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya lelaki terbabit memberi kerjasama. Bukan itu saja, meletakkan kereta di tepi jalan juga merupakan satu kesalahan kerana ia jelas sekali menganggu lalu lintas.

Tiada keperluan untuk merakam dan viralkan video sedangkan kesalahan diri sudah jelas ditunjukkan dalam video tersebut. 

Sumber: Zull Helmy


Sumber : thereporter.my