Alhamdulillah, tersenyum Ohmedia baca perkembangan adik Ainul Mardhiah Ahmad Sadiuddin tadi dan terus nak tulis artikel ni untuk korang semua. Untuk pengetahuan korang, adik Ainul kini sudah boleh pulang ke rumah di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka.
Ini dikongsikan oleh ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi reaksi adik Ainul yang menoleh kiri dan kanan seolah-olah pelik dengan keadaan sekeliling, tapi terus tersenyum-senyum selepas merasai suasana di dalam rumah dan duduk di katilnya.
Ainul Mardhiah yang sebelum ini disahkan menghidap kanser Germ Cell Tumor, berlepas ke London pada 25 Mei lalu untuk rawatan kira-kira dua bulan sebelum kembali ke tanah air, 28 Julai lalu, dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.
Alhamdulillah, dia tidur lena, semalam, dan aktif bermain, hari ini. Akhirnya, kami dapat balik ke rumah. Selama empat bulan di hospital, pelbagai detik dan situasi dilalui. Sudah tentu saat ini dinanti-nantikan, katanya kepada pemberita.
Jadi sekarang adik Ainul hanya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital dan doktor menasihatkan Ainul dikuarintin di rumah dan hanya keluar untuk ke hospital sahaja. Ini bagi mengelakkan Ainul terkena jangkitan.
Terus sihatnya adik Ainul dan jangan merayau ok,hehe. Terima kasih kepada korang semua yang sentiasa mendoakan kesihatan adik Ainul.
Sumber: Oh! Media