--> Skip to main content

'Gila kau ni!' - Selamba cucuh rokok di mata anak anjing


Kumpulan hak asasi haiwan kini sedang giat mengesan seorang wanita yang dirakam mencucuh rokok ke mata seekor anak anjing.

Klip video viral menunjukkan wanita terbabit sedang memegang sebatang rokok di tangan kanan sambil tangan sebelah kanan memegang leher anak anjing. 

Wanita itu dengan tenangnya merokok di luar rumah sebelum mencucuh rokok itu ke muka dan mata anak anjing menyebabkan haiwan kecil itu dengan mulutnya dilekat dengan pita pelekat meronta-ronta menahan kesakitan. 



Organisasi kebajikan haiwan meminta orang ramai membantu mengenal pasti wanita dalam klip video itu yang didakwa berlaku di Singapura atau di negara sekitarnya. 

Pihaknya percaya, video itu dirakam oleh sindiket yang menjana keuntungan dengan merakam video-video penderaan. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 06 September 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...