--> Skip to main content

Kerana Difitnah, JPN Buat Laporan Polis!

Gambar hiasan sumber dari Google
Baru-baru tular di media sosial tentang ketularan isu seorang warga China yang mendapat taraf warganegara Malaysia , iaitu MyKad. Namun dipetik dari Malaysia Kini, JPN menjelaskan isu berhubung warga China miliki kad pengenalan MyKad adalah isteri kepada warganegara Malaysia yang telah memperoleh kewarganegaraan pada September 2017 di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham sehingga mengundang keresahan rakyat, JPN bertindak membuat laporan polis keatas pemilik akaun media sosial berkenaan. Tujuannya adalah untuk menjaga imej JPN kerana melalui isu ini, JPN dilihat begitu mudah memberi kerakyatan kepada orang luar. Menurut perlembagaan, wanita warga China berkenaan telah berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun dan memiliki MyPR

"Saya harap pihak pemilik media sosial hentikan tohmahan kepada JPN kerana segala pertimbangan yang kita buat adalah berdasarkan Akta Pendaftaran Negara dan Perlembagaan Persekutuan," kata Datuk Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah JPN

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem





Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 10 September 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...