--> Skip to main content

Lulus Konsep E-Hailing, Tak Bermaksud Lulus Gojek, Kata Anthony Loke

Sumber dari Utusan
Sebelum ini panas diperkatakan tentang isu perlaksanaan Gojek di negara kita. Ada yang menyokong, ada juga yang menolak serta mengkritik perlaksanaan Gojek berkenaan atas beberapa faktor. Ada juga yang mengatakan bahawa Gojek sebagai modal ekonomi merupakan langkah mundur dari kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.

Usul Gojek ini dibawa oleh menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dengan tujuan untuk memberi peluang mat-mat motr dan makcik pakcik yang menjalankan perniagaan kecil-kecil menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar barang. Usul berkenaan telah diterima sebulat suara oleh kabinet. Kelulusan berkenaan telah mendapat reaksi rakyat Malaysia khususnya.

Semalam, menteri Pengangkutan telah mengeluarkan kenyataan bahawa, kabinet hanya meluluskan konsep e-hailing motosikal berkenaan. Tambahnya lagi, meluluskan konsep, bukan bermakna meluluskan Gojek semata-mata. Mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama juga boleh beroperasi.

Kita juga perlukan `trial period' untuk uji perkhidmatan itu. Nak tukar (pinda) undang-udang bukan mudah, kena pergi (bahas) di Parlimen kerana ada keperluan untuk pinda akta berkaitan termasuk Akta Pengangkutan Darat dan akta-akta lain, kata Anthony Loke yang dipetik dari Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 04 September 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...