![]() |
Dr Alias (tiga dari kiri) membuat gimik perasmian disakikan oleh Ustaz Kamaruzaman (kanan) Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) dan Mohd Fazil. |
Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) berkata, MKTS yang julung kali diadakan itu juga bertujuan supaya rakyat mengambil manfaat dari penyertaan pelbagai jabatan kerajaan dalam karnival tersebut.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian mini karnival itu semalam.
![]() |
Seorang pengunjung MKTS Kuala Nerus (dua dari kiri) menerima hadiah cabutan bertuah dari Dr Alias (dua dari kanan) |
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.
Program yang dianjurkan oleh i-MiTS itu bermula semalam dan akan berakhir Sabtu ini.
![]() |
Dr Alias menyampaikan ucapan peramian MKTS Kuala Nerus. |
Dijangka MKTS itu akan dihadiri oleh 10,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan oleh i-MiTS.
Turut serta membuka 'booth' pameran, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.
Lebih dari 10 buah 'booth' jualan dibuka oleh peniaga termasuk Soup Kedah, pakaian muslimah, minyak wangi, pelbagai makanan dan minuman.
Sumber: teganukita.net