Penafian Menteri Indonesia Disangkal Oleh Laporan Antarabangsa!

Gambar sumber dari Google
Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan tentang Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar yang menafikan asap jerebu yang melanda Malaysia bukan berpunca daripada pihak mereka. Sehingga hari ini, bacaan IPU dicatatkan paling tinggi di Kuching, dengan bacaan 247 (setakat jam 9 pagi tadi).

Gambar tangkapan skrin dari laman web Web Global Forest Watch Fires
Penafian ini disangkal kerana laman web antarabangsa, Web Global Forest Watch Fires mengambil Maklumat Kebakaran Untuk Sistem Pengurusan Sumber (FIRMS) Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) menerusi pengesanan satelit MODIS dan VIIRS mededahkan bahawa terdapat 31367 kebakaran berlaku di Indonesia yang direkodkan dari 8 hingga 15 September lalu.

Ohemdia juga dapat tahu bahawa Pusat Meteorologi Asean (ASMC) juga mendedahkan bahawa bilangan titik panas terkini di Sumatera ialah 274 dan 305 di Kalimantan manakala bilangan titik panas tiada direkodkan di Malaysia.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menegaskan Akta Jerebu Rentas Sempadan perlu segera diwujudkan oleh Malaysia dan negara-negara Asean yang bagi menjamin penguatkuasaan undang-undang yang lebih efisyen antara negara serantau.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem



Sumber: Oh! Media