PES 2020 : OHMEDIA | YOKE Ingin Beraksi Di Sukma Tahun Depan



Pemain E-Sukan Oh Media Gaming untuk permainan Pro Evolution Soccer ( PES ) iaitu Yokekuan atau lebih dikenali sebagai Yoke kini dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan PES 2020 dan pemilihan untuk ke Sukma 2020 yang akan berlangsung di Johor. Yoke yang baru sahaja berusia 20 tahun merupakan pemain muda berbangsa cina yang berasal dari Seremban.

Untuk pegetahuan korang, Pencapaian terbaik Yoke pada tahun ini adalah mendapat tempat keempat di Cyberjaya Esports League dan Naib Juara N9 Esports Championship. Yoke akan mewakili Negeri Sembilan di Kejohanan PES peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti.










Ohmedia yakin Yoke mampu meraih podium untuk setiap kejohanan PES yang akan disertainya nanti. Korang boleh follow Oh Media Gaming untuk mengetahui perkembangan semasa pemain E-Sukan Ohmedia.

+Baca respon pembaca di Oh! Media



Oh! Geekz








Sumber: Oh! Media