i-MiTS Pantau Kehidupan Adik Sahrul Mufid


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 18 Oktober - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera  (i-MiTS) akan memberi perhatian dan memantau keadaan kesihatan serta kehidupan Shahrul Mufid Azwadi.

Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan ketika berusia tujuh tahun dan kini sudah lima berkerusi roda .

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Besut, Muhd Hakim Zulfikri berkata, beliau akan sentiasa dipantau bagi memastikan tidak terlepas dari sebarang kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

"Pihak kami (i-MiTS) akan cuba membantu sebaik mungkin bagi memastikan rakyat akan berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan aktiviti ziarah di sekitar Kampung Gong Guchil pada semalam.

Menurutnya, program ziarah tersebut diadakan pada setiap hari Rabu dimana sebanyak tiga buah rumah yang terlibat.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh penduduk terutama yang amat memerlukan bantuan, agar sentiasa mendampingi ketua kampung bagi memudahkan proses penyaluran maklumat.

Turut hadir sama Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS Jerteh, Saudara Mardi Yusof.

Sumber: teganukita.net