Kuala Terengganu Persiap Empat Pusat Pemindahan Banjir

Lawatan dilakukan untuk menilai keperluan yang perlu ditambah dalam persiapan menghadapi banjir.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober - Kerajaan negeri  melalui Sekretariat Pengurusan Bencana  telah bersiap sedia dengan menyediakan empat pusat pemindahan banjir bagi kawasan Kuala Terengganu sebagai persiapan awal dalam mengurangkan risiko banjir pada musim tengkujuh tahun ini.

Pegawai Kanan Angkatan Perkhidmatan Awam  Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Lt. Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata keempat-empat pusat pemidahan yang sering digunakan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek, SK Chendering, SK Atas Tol dan SK Banggol Peradong.
Lt. Muda (PA) Ahmad Kamal Hakim.

“Kira-kira hampir tiga puluh buah kawasan di daerah ini dikenal pasti sebagai tempat berisiko untuk dinaiki air yang rata-rata berpunca daripada longkang dan saluran peparitan kecil tersumbat sampah terkumpul di dalamnya,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Cgendering dalam rangka lawatan pusat pemindahan banjir, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) Daerah Kuala Terengganu, Mohd Rizuan Abdullah berkata, satu-satu pusat pemindahan boleh memuatkan sekitar 500 hingga 1,000 mangsa.
Mohd Rizuan Abdullah.

“Namun, terdapat perbezaan jumlah mangsa bergantung kepada jenis pusat pemindahan iaitu sekolah,boleh memuatkan 500 mangsa, 1,000 mangsa bagi dewan serbaguna, manakala balai raya hanya mampu menampung sejumlah 200 orang sahaja.

“Barang makanan dan keperluan akan disediakan oleh JKM dan diedarkan ke pusat-pusat pemidahan dalam masa terdekat.

“Kebiasaannya, bekalan yang ditempatkan di pusat pemindahan mencukupi dalam tempoh tiga hari sahaja, “ tambahnya.

Sumber: teganukita.net