Akibat cemburu dengan suaminya yang dipercayai bersama seorang wanita yang disangka skandal suaminya, membuatkan wanita ini tergamak untuk mencederakan seorang ibu dan membunuh anaknya di apartment di Batu Caves.
Mangsa telah ditikam dengan pemutar skru dan bayinya yang baru berusia 3 minggu telah dicekik sehingga tidak bernyawa. Mangsa yang ditikam sekarang masih dalam keadaan koma.
Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya hingga melahirkan anak. Kami turut merampas pemutar skru yang digunakan suspek menikam mangsa di lokasi. - kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.
Sekarang, suspek berusia 25 tahun dan suaminya 27 tahun bersama pembantu wanita berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media