'Dia baling remote tv, kata saya pemalas' - Suami halau isteri keluar dari rumah kerana terlalu obses dengan drama Korea


Salam admin. Aku pinjam FB kawan aku. Tak tahu nak cerita dengan siapa. Segan memang segan, tapi tak apalah. Aku trust dengan kawan aku ni. 

Macam ni min. Aku baru kena halau dengan laki aku. Laki aku ni memang baik dan rajin pula tu. Aku dah kahwin enam tahun dan dikurniakan anak seorang. 

Aku ni memang penggemar tegar drama Korea. Dua hari lepas laki aku yang tak pernah-pernah mengamuk dan marah, siap baling remote tv kat aku. Nasib baik aku mengelak, selamat. Dia marah, cakap aku abaikan dia. Selalu sangat tengok drama Korea sampai jam 2-3 pagi dan dia cakap aku pemalas. 

Dah tu, aku selepas balik kerja, drama Korea itulah hiburan aku pun. Rumah semua laki aku yang tolong kemas dan settlekan. Bukan aku tak tolong langsung. Kadang-kadang dia nak mi maggi, aku buatkan. Dia nak air, aku ambilkan. Cuma kalau aku nak tengok drama Korea, memang mood aku kena layan betul-betul sebab itu dah memang kesukaan aku. 

Sekarang ni laki aku bagi masa suruh balik rumah mak aku dan pilih antara dia atau drama Korea. 

Aku cerita hal ini kat mak aku. Mak lempang aku sekuat-kuat hati. Mestilah aku nakkan laki aku. Laki aku baik. 

Minta nasihat bawang rangers, apa aku nak buat dan dalam pada masa yang sama, aku tak boleh tinggalkan drama Korea. 

REAKSI NETIZEN



Sumber: Kisah Rumah Tangga

Sumber : thereporter.my