Karnival Jom Ke Masjid Seruan Tuju Kejayaan


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 3 November - Karnival Jom Ke Masjid yang dilaksanakan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1441H oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Pasir Minal Kemaman bertujuan untuk menyeru masyarakat setempat menuju ke arah kejayaan.

Karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula 31 Oktober hingga 1 November itu sarat dengan acara dan aktiviti kerohanian.

Antaranya Forum Bicara Ummah menampilkam pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bergandingan dengan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat.

"Bahkan adalah medan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam.

“Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman.

"Ia perlu memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.


“Masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam. Ia terbukti membawa umat Islam ke puncak peradaban teragung pada suatu ketika dahulu," ujarnya.

Sumber: teganukita.net