Macam-macam perangai lah budak sekolah zaman sekarang ni. Tak ada siapa nak pantau ke pembuli tu? Bukan apa, budak yang kena buli tu kesian sis tengok dan akhirnya, sis rasa puas hati bila dia buat comeback. Haa tulah! Cari pasal lagi.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @iloveyouIPOH di laman Twitter, rata-rata ramai netizen berasa puas hati dengan tindakan budak yang kena buli itu. Tweet itu meraih 48.7 retweets dan 40.8 likes di Twitter @iloveyouIPOH.
Tahukah kome. Buat adik adik yang kena buli diluar sana. Contohi adik ni, jangan risau pembuli selalunya tak kuat.— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) 20 November 2019
Sedap tengok budak ni kena pijak. pic.twitter.com/uI5v78elkP
Biasanya kan, pembuli ni sebenarnya lagi penakut daripada orang yang kena buli sebab dia berlawan secara ramai. Siapa setuju? Bukan tu je, diorang pun sebenarnya jadi macam tu sebab kebanyakannya ada masalah family. So, kepada ibu bapa di luar sana...didiklah anak-anak korang dengan baik dan penuh kasih sayang okay? Peace!
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media