Suasana di sekitar PPS Pengkalan Ajal sehingga tengahari pada hari ini |
HULU TERENGGANU, 30 November - Sejak kecil mula berpindah setiap kali banjir sudah menjadi rutin yang harus ditempuhi bagi penduduk Kampung Pengkalan Ajal apabila tiba musim 'bah'.
Bagi warga emas, Kamariah Mohd, 69, perkara tersebut sudah 'kalih" ( biasa) kepadanya sejak kecil lagi yang terpaksa berpindah setiap kali kampung dilanda banjir.
"Air mula naik jam dua pagi semalam, masa tu mak cik tengah tidur kat rumah.
"Anak mak cik datang kejut dan beritahu air makin naik dan bawa naik perahu ke pusat pemindahan berhampiran.Nasib baik sebelum tu dah kemas semua barang," ujarnya kepada pemberita ketika.ditemui di PPS Pengkalan Ajal, di sini hari ini.
Kamariah Mohd |
Tambahnya, ini merupakan 'bah' kali kedua dalam tempoh seminggu pada tahun ini dan dijangka akan berlaku lagi gelombang seterusnya berdasarkan kepada keadaan ramalan cuaca.
Sementara itu, menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK), Safari Ishak berkata sehingga jam 12.00 tengahari, seramai 67 mangsa melibatkan 28 keluarga telah dipindahkan ke PPS.
"Mangsa-mangsa banjir mula berpindah seawal jam 11.45 malam semalam namun masih ramai yang enggan berpindah dengan alasan paras air masih selamat.
"Mungkin kerana belum berlaku pertembungan dua sungai iaitu Sungai Kua dan Sungai Menerong belum berlaku yang boleh menyebabkan banjir lebih besar." ujarnya lagi.
Safari Ishak |
Namun begitu, pihaknya sentiasa bersedia dari semasa ke semasa menjaga keselamatan semua pihak dengan membuat pantauan bersama agensi-agensi yang terlibat.
Sumber: teganukita.net