Lagi kisah sedih yang Ohmedia terbaca hari ni di hari sambutan Maulidur Rasul, di mana 6 sekeluarga meninggal dunia, termasuk seorang kanak-kanak kecil berusia 8 tahun yang ditembak oleh sekumpulan individu tidak dikenali.
Kejadian berlaku di Pulau Denawan, Semporna Sabah dan mereka sekeluarga dipercayai dalam perjalanan menuju ke majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Siasi, selatan Filipina.
Ketika kejadian tembakan, seramai lapan orang menaiki sebuah perahu dari Pulau Denawan Semporna, namun secara tiba-tiba mereka telah didekati dengan sebuah bot yang terus melepaskan beberapa das tembakan.
6 ahli keluarga mereka meninggal dunia dan dua lagi terselamat. Apa yang dijangkakan oleh pihak berkuasa, motif serangan adalah kerana dendam kerana tiada sebarang barang atau wang milik mangsa yang hilang.
Kesemua mereka ditemui sehari kemudiannya selepas saudara mangsa di Siasi, selatan Filipina pergi mencari di perairan yang menjadi laluan mereka kerana berasa risau mangsa belum sampai di sana. Dilaporkan juga, semua mangsa tiada pengenalan diri tetapi sudah menetap di Pulau Denawan, Semporna sejak sekian lama. Jenazah 6 sekeluarga dikebumikan bersama di dalam satu liang lahad di Pulau Denawan Jumaat lepas.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS
Sumber: Oh! Media