'Siapa komen pasal puting, aku sekat' - Sharnaaz beri amaran


Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik gambarnya bersama Shuib Sepahtu berada di Litar Antarabangsa Sepang kerana menyertai perlumbaan kereta Sepang 1,000km Endurance Race 2019. 

Gambar itu menunjukkan Sharnaaz berkaca mata, memakai baju ketat berwarna putih yang menampakkan sedikit putingnya, menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

Ada followers yang mula memuat naik komen berkenaan hal itu menyebabkan Sharnaaz memberikan amaran untuk tidak berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan disekat. 

"Abaikan puting aku, siapa komen pasal puting aku sekat. Silalah kalau nak kena sekat," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut. 
Bagaimanapun, sehingga ke waktu ini masih ada netizen yang berbuat demikian dan rata-rata netizen terhibur dengan kata-kata 'amaran' itu. 



Sumber : thereporter.my