1300 Pesilat Berpencak di Gong Badak

Wan Sukairi (tengah) bersama Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali ketika meninjau lokasi karnival.


Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 16 Disember- Karnival Silat kebangsaan Terengganu 2019, Piala Menteri Besar yang membua tirai 19 Disember ini bakal dihadiri lebih 1300 orang pesilat dari seluruh negara.

Pengerusi Pembangunan Belia Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan penyertaan melibatkan puluhan persatuan silat tempatan.

"Karnival ini diharap akan melahirkan lebih ramai pesilat tanah air di samping menjamin kesinambungan seni warisan pusaka melayu ini.

"Walaupun julung kali diadakan, karnival ini juga bakal dijadikan acara tahunan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Darul Iman (UPDI) sewaktu meninjau persiapan acara berkenaan di Stadium Tertutup, Kompleks Stadium Gong Badak, semalam.

Karnival tersebut akan berlangsung bermula 18 Disember sehingga 21 Disember 2019 dengan pembukaannya nanti bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.



Sumber: teganukita.net