Antara Banjir Terburuk Dalam Tempoh 10 Tahun

Rosmawati membersihkan lumpur di rumahnya di Kampung Matang yang ditenggelami air hampir 2.5 meter ketika banjir melanda dua hari lepas


HULU TERENGGANU, 3 Disember -Segelintir penduduk menyifatkan banjir yang melanda kawasan mereka adalah yang yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Kata mereka yang ditemui, ia hampir sama sebagaimana kejadian banjir besar pada 2014.

Rosmawati Jusoh 52, salah seorang mangsa banjir di Kampung Matang berkata rumahnya yang dipenuhi lumpur setelah dinaiki air hampir 2.5 meter.

Katanya, sebahagian perabot rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi kerana tidak sempat diselamatkan apabila air naik diluar jangkaan.

"Kejadian berlaku pada dua hari lepas bila air naik setinggi 2.5 meter dan paras ni hampir sama dengan kejadian banjir pada 2014.

"Saya dan keluarga terpaksa berpindah ke rumah kakak di Kg Tajin kerana pada masa kejadian pusat pemindahan belum dibuka,"  ujarnya kepada Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, akibat kejadian itu, sebahagian besar perabot rumahnya rosak kerana tidak sempat diselamatkan.

"Nak selamat barang memang tidak sempat tambahan pula saya tidak sangka air naik sampai dalam rumah," kata Rosmawati sambil membersihkan lumpur yang terdapat di ruang tamu rumahnya.

Ibu kepada lima anak ini juga berkata setiap tahun tahun dia terpaksa berhadapan situasi yang sama dan semakin tidak dapat dijangkakan kerana setiap tahun keadaan banjir sudah tidak diramalkan lagi.









Sumber: teganukita.net