
Bayern Munich mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 awal pagi tadi. Ini menjadikan Bayern Munich pasukan pertama dari Jerman yang menang kesemua 6 perlawanan di peringkat kumpulan.
Perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena menyaksikan Skuad bimbingan Jose Mourinho, Spurs dibolosi 3 gol menerusi jaringan Kingsley Coman, Thomas Muller dan Coutinho. Nampaknya hajat Jose Mourinho untuk membalas dendam selepas Spurs dibelasah Bayern 7-2 pada Oktober lepas tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan ini telah mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik Eropah. Undian pusingan ke 2 membabitkan 16 pasukan akan diadakan di Switzerland pada isnin depan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media