Futsal Didik Golongan Muda


Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 23 Disember - Aktiviti bersukan seperti bermain futsal dapat mendidik golongan muda betapa pentingnya aktiviti riadah dalam kehidupan seharian dan menjaga tatatertib yang telah digariskan dalam agama Islam.

Pegawai Penyelaras Dun Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, ia juga merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara pemuda DUN Hulu Besut.

"Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menarik anak muda bersukan dengan mengikut etika dan kepatuhan syariat dalam bersukan.

"Dengan program sebegini dapat menjauhi golongan muda daripada gejala yang tidak berfeadah dan tidak sihat," jelasnya.


Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah dan piala kejohanan di Dewan Terbuka Dato Seri Hj Idris Jusoh Kampung Darau, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Penyelaras Umno DUN Hulu Besut Hasmadi Hassan.

Sumber: teganukita.net