PENJELASAN ISU TUNGGAKAN BAYARAN BEKAS PEMAIN TFC 2019
-----------------------------------------------
Selesai musim 2019, TFC menamatkan saingan Liga Super di tempat ke-7, suku akhir Piala FA & Malaysia di bawah bimbingan Nafuzi Zain setelah mengambil alih sebagai "Caretaker" sehingga habis musim 2019 setelah perletakan jawatan sebagai Ketua Jurulatih secara drastik oleh Haji Irfan Bakti Abu Salim. Musim 2020, TFC membuat keputusan untuk melantik Nafuzi Zain sebagai Ketua Jurulatih dan beliau telah membentuk pasukan dengan mengekalkan serta melepaskan pemain-pemain bagi mengharungi Liga Malaysia 2020.
Berbalik isu tunggakan bayaran kepada 12 orang bekas pemain TFC. Pihak TFC masih mempunyai baki tunggakan yang belum dilunaskan, namun ianya bukan gaji namun sejumlah bentuk bayaran yang dipersetujui diluar kontrak mereka. TFC tiada masalah berkenaan gaji pemain-pemain sehingga bulan terakhir musim 2019 apabila dibayar secara konsisten.
TFC telah menjelaskan bayaran tersebut hampir 40% - 50% sebagaimana persetujuan dibuat ketika pemain berkhidmat bersama TFC. Seterusnya baki tersebut dimaklumkan kepada pemain-pemain akan dijelaskan pada November 2019 sebelum tamatnya kontrak pemain-pemain tersebut. Komitmen tersebut dibuat setelah pihak Malaysia Football League (MFL) memaklumkan bahawa baki hak penyiaran dan pendapatan kepada pasukan sebagai rakan kongsi akan dibayar pada November 2019. Jumlah baki sebanyak 50% dari MFL tersebut amat mencukupi untuk menyelesaikan tunggakan bayaran pemain-pemain tersebut dan mampu digunakan untuk persiapan pasukan musim 2020.
Walaubagaimanapun, baki dari MFL tersebut tidak dapat dijelaskan sebagaimana dimaklumkan menyebabkan komitmen dengan pemain-pemain terpaksa ditangguhkan sementara sehingga bayaran MFL tersebut dilakukan.
Mengambil inisiatif dan tanggungjawab dengan komitmen yang telah dimaklumkan kepada pemain, TFC telah membuat bayaran terlebih dahulu sebanyak 25% kepada pemain-pemain yang tidak dilanjutkan kontrak melalui dana yang masih ada di dalam akaun TFC.
Namun begitu, akhirnya baki bayaran 50% hak penyiaran dan pendapatan diputuskan tidak akan dibayar setelah keputusan tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Luar Biasa Rakan Kongsi Liga pada 14 Disember 2019 yang melibatkan 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premeir. TFC tidak menjangkakan hal tersebut sebegitu serius sehingga ianya tidak dapat dilunaskan dari perkongsian tersebut. Melalui mesyuarat tersebut, semua rakan kongsi telah diperjelaskan secara terperinci senario dan kedudukan kewangan MFL sebagai badan penganjur Liga Malaysia. Justeru itu, ianya menjadi satu kesulitan kepada TFC apabila dana tersebut telah dibuat perancangan awal termasuklah menyelesaikan tunggakan bayaran bekas-bekas pemain. Agak sukar untuk menerima keputusan tersebut, namun hakikatnya terpaksa kita terima bahawa baki hak penyiaran dan pendapatan tersebut tidak dapat dijelaskan.
TFC tidak berdiam diri dengan komitmen dan tanggungjawab terhadap bekas pemain pasukan TFC 2019. TFC telah memaklumkan keadaan sebenar situasi yang berlaku serta meminta mereka bersabar dan memberi sedikit masa untuk mencari kaedah penyelesaian dengan harapan mereka memahami dan memberikan pertimbangan. TFC memberi jaminan bahawa tunggakan bayaran 40%-50% yang berbaki akan diselesaikan dan akan dilunaskan, InsyaAllah.
Tindakan sebahagian bekas pemain tersebut dilihat begitu agresif sehingga tidak memberikan ruang langsung kepada TFC dalam keadaan situasi kesulitan tersebut apabila bertindak dengan memuat naik status di media sosial memerli, mengunakan media untuk tujuan memburukkan imej dan nama baik TFC kepada awam. Hal tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana dalam masa yang sama komunikasi dua hala masih ada serta jaminan komitmen telah diberikan. TFC sama sekali tidak akan melarikan diri daripada tanggungjawab tersebut buat bekas pemain.
Sebetulnya, saluran yang tepat untuk mereka bertindak adalah seperti melaporkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), MFL serta PFAM. Hal ini mampu diselesaikan dengan baik. Imej dan nama baik TFC kini tercalar dan walaupun diakhirnya tunggakan bayaran dijelaskan, namun imej TFC telah pun dirosakkan.
Walaubagaimanapun, TFC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bekas pemain tersebut di atas khidmat keringat dan sumbangan kepada pasukan musim 2019.
Di kesempatan ini, pihak TFC memohon maaf kepada semua atas permasalahan luar jangka yang berlaku utamanya kepada bekas pemain, para penyokong dan mereka yang terlibat. Isu ini, yang pastinya tidak akan berlarutan sehingga tempoh yang panjang. Cumanya kita meminta diberi sedikit masa untuk diselesaikan.
Mohd Syahrizan bin Mohd Zain
Setiausaha Eksekutif
PBSNT
Bertarikh : 19 Disember 2019