Hasrat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun untuk belajar berenang di kolam renang awam terbantut apabila kulitnya mengalami kemerahan.
Kejadian itu berlaku di Singapura, di mana ibu kanak-kanak itu terdahulu membawa anaknya ke kolam renang itu kerana mahu menggalakan anak menyertai aktiviti sukan air.
Bagaimanapun, sebaik saja pulang ke rumah, anaknya mula mengadu kulitnya gatal dan kemerahan di seluruh badan.
Pada awalnya si ibu menyangka kulit anaknya mungkin terlalu sensitif terhadap kotoran air di kolam tersebut atau digigit serangga.
Malangnya, keadaan kanak-kanak itu semakin teruk terutamanya di waktu malam di mana timbul kesan-kesan bengkak yang terasa sakit apabila disentuh.
Anaknya mula menangis kerana sakit dan terasa seperti terbakar, lalu segera dibawa ke klinik untk mendapatkan rawatan. Tetapi keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.
"Bukan sahaja sukar untuk dia makan, tetapi nak bercakap pun payah. Muka dia bengkak, langsung tak dapat buka mata," katanya.
Setelah diperiksa, rupa-rupanya kulit kanak-kanak itu menjadi kemerahan akibat sensitif terhadap klorin. Bagi mereka yang mempunyai kulit normal, tiada masalah apabila terkena klorin. Tetapi tidak bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif atau kulit kering yang mudah mendapat simptom seperti itu apabila terkena klorin di kolam renang terutamanya apabila kolam itu baru dibersihkan di mana tahap klorinya adalah tinggi dari kebiasaannya.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mandi di air pancuran yang disediakan sebaik saja keluar dari kolam renang bagi menyahkan klorin dan mengelakkan kulit rasa terbakar.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz
Sumber : thereporter.my