NGO Autisme Terengganu Bakal Ditubuhkan



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 19 Disember 2019 –

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Autisme Terengganu bakal ditubuhkan tahun depan bagi membela nasib golongan autisme.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata inisiatif itu diambil untuk mengumpul mereka yang mempunyai anak-anak autisme.

Katanya, persatuan itu nanti akan lebih mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga komuniti.

" Selain berperanan sebagai kumpulan sokongan dan dan akan dibantu oleh persatuan-persatuan lain dalam negeri Terengganu yang mempunyai pengkhususan dalam menyediakan khidmat masyarakat seperti Terengganu Volunteer (T-Volt), "katanya.

Menurutnya, pertemuan pertama bersama ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme ini juga adalah rentetan daripada hasil ziarah saya yang dibawa oleh Pejabat ADUN Rhu Rendang ke rumah sepasang suami isteri yang tidak dapat berkerja kerana mempunyai dua orang anak autism.

"Sebenarnya isu autisme itu bukanlah kecil, dimana kebanyakan tempat yang dia pergi dalam sesebuah kampung mesti sekurang-kurangnya terdapat satu atau dua orang anak yang mempunyai masalah autisme ataupun Orang Kurang Upaya (OKU).”katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Anak-Anak Austisme, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir adalah, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan ibu bapa yang terlibat dalam persatuan kecil autisme.

Katanya, selain itu, kita juga bukan sahaja mengharapkan bantuan kewangan atau pusat terapi daripada kerajaan negeri semata-mata, malah juga daripada komuniti dan masyarakat setempat dari sudut sokongan moral, emosi dan mental penjaga.

“Mengharapkan kerajaan semata-mata mungkin agak terhad, jadi akan ada pendekatan untuk menyeru penglibatan daripada agensi, jabatan, ngo lain, syarikat korperat dan juga individu yang sudi menyumbang untuk membantu mereka.

"Dan yang paling penting juga adalah masyarakat perlu tahu, perlu ambil cakna tentang masalah autsime ini lebih-lebih lagi jika terdapat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak autism di kawasan berhampiran mereka, tambahnya lagi.

Sumber: teganukita.net