'Sabar Dan Banyakkan Berdoa' - Dr. Alias


Oleh: Safwan Syakir

KUALA TERENGGANU, 18 Disember - "Perbanyakkan doa dan bersabarlah," nasihat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak ketika meluangkan masa menziarahi pesakit-pesakit kronik di Hospital Sultanah Nur  Zahirah (HSNZ) semalam.

Memenuhi tuntutan sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu hadir menziarahi beberapa penduduk di kawasannya antaranya, Wahab Mahmod dari Kampung Pak Katak yang sedang menjalani rawatan jantung.


Selain itu, beliau turut mengunjungi Hasnuddin Hashim dari Kampung Duyung Besar (sakit buah pinggang dan jantung) serta Maimunah Salleh dari Kampung Paya Lima Amas yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Dalam kunjungan tersebut, beliau menzahirkan rasa simpati dengan menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir ialah pegawai hal ehwal kebajikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Faudzi Wan Harun dan ahli jawatankuasa AJK Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal.

Sumber: teganukita.net