Team Medik Lambat Bertindak, Pesilat Negara Dibiarkan Kesakitan Ditengah Gelanggang!

Sumber gambar dari Google
Penganjuran Sukan SEA kali ini dilihat banyak kekurangan dari Filipina. Selain fasiliti yang serba tidak lengkap, sekretariat yang menguruskan penganjuran sukan terulung di rantau asia tenggara ini dilihat seperti tidak bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku.



Semalam pesilat negara, Muhammad Faizul Mohd Nasir dibiarkan ditengah gelanggang menahan kesakitan setelah dijatuhkan dan disepak dibahagian muka oleh pesilat tuan rumah. Kerana bantuan yang lambat tiba, Muhammad Faizul tidak dapat meneruskan perlawanan setelah kiraan detik oleh juri tamat, dimana menyebabkan tuan rumah memenangi perlawanan ini.

Sebelum itu, team medik Filipina mendakwa Muhammad Faizul mampu meneruskan perlawanan. Ini menyebabkan kiraan detik dibuat oleh juri. Tindakan lambat sekretariat bertindak mengundang kecaman rakyat Malaysia. Turut kecewa dengan tindakan lambat berkenaan, Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan yang mengarahkan kontijen Malaysia menghantar nota protes kepada pihak penganjur.

Terkini, dilaporkan bahawa keadaan Muhammad Faizul semakin beransur pulih. Dipetik dari Berita RTM, Muhammad Faizul telah sedar daripada koma, namun tidak berupaya untuk berkomunikasi kerana badannya masih lemah susulan rawatan yang diterima namun doktor terlibat sedang memantau perkembangannya dalam tempoh 72 jam.

Sumber: Berita RTM

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Sumber: Oh! Media