Dalam klip video itu, salah seorang daripadanya menjerit "Ini kawasan aku!" sebelum kedua-duanya bergelut di lantai food court pusat beli-belah itu.
Kejadian itu juga ditonton oleh beberapa kanak-kanak yang berada berhampiran sehingga ada yang bertanya, "Mak, diorang mabuk ke?".
Datang seorang wanita kemudian meleraikan dua lelaki itu dan menasihatkan mereka untuk menjaga kelakuan kerana mereka diperhatikan oleh orang ramai terutamanya kanak-kanak.
Mereka kemudian menjelaskan kepada kanak-kanak yang berhampiran bahawa mereka hanya sekadar bergurau sahaja.
Sumber: Daily Mail
Sumber : thereporter.my