Pak Ya Disekat Dari Program Sepahtu Reunion Live Sehingga Rakaman Khas Puasa Terpaksa Ditangguhkan?! Seriuslah?!

Sumber gambar dari Erinsakura
Siapa minat tengok Sepahtu Reunion Live? Siapa minat kita geng! Sepahtu Reunion Live ni satu segmen sitkom ala-ala Pi Mai Tang Tu tapi jenaka dia lebih up-to-date kata orang putih, kah! Dimana ianya dianggotai oleh Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya. Tapi kalau korang perasan kan, sejak Sepahtu Reunion Live ni ditayang sejak dua minggu lepas, terdapat kekurangan pada sitkom ni, iaitu ketiadaan Pak Ya. Untuk episod pertama Ohmedia tertanya-tanya juga, mana Pak Ya? Semalam pun beliau takda. Tapi Ohmedia husnuzon je, mungkin Pak Ya kurang sihat, maklumlah beliau pun umur dah lanjut.

Sumber gambar dari Google
Namun apa yang mengejutkan Ohmedia hari ni apabila Ohmedia skrol-skrol Instagram pagi ni, ternampak satu post yang kurang menyenangkan. Post dikongsi oleh Sharul Shiro yang berkongsi tangkapan layar seorang Pemuda UMNO yang mempersoal sekatan yang keatas Pak Ya dari beraksi program berkenaan. Menurut post Instagram Jep Sepahtu, rakaman khas untuk program ini, iaitu untuk bulan puasa yang sepatut dijalankan Ahad ini  terpaksa ditangguhkan. Jep menambah, rakaman akan  dijalankan sekiranya Pak Ya ada.



Kemungkinan aksi Pak Ya bersama Ajak Shiro dan Ropie atau lebih dikenali Pak Kordi yang menganjing kerajaan sewaktu pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 lepas memberi kesan kepada Pak Ya. Tapi! memandangkan tiada kenyataan khas dari Pak Ya sendiri, Ohmedia tak boleh nak buat kesimpulan sembrono. Namun sekiranya benar, harap ada solusi terbaik dari pihak berkenaan keatas Pak Ya. Nasihat Ohmedia, tak baik tau tutup periuk nasi orang, berdosa.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media