Pemain Bola Sepak Perak B-19 Maut Dilanggar Lari


Kelmarin, seorang pemain bola sepak B-19 Perak iaitu Muhammad Izzat Shah Ibrahim telah pun dikatakan meninggal dunia disebabkan terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Muhammad Izzat yang dikatakan dalam perjalanan nak balik ke rumahnya di Chemor, kemudiannya terbabit dalam satu kemalangan kira-kira jam 11.55 malam kelmarin, mangsa ditemui terbaring dan motorsikalnya tercampak 40 meter dari mayatnya.


Izzat baru saja berusia 18 tahun. Pihak polis memohon kepada orang awam yang nampak kejadian langgar lari ni tampil bantu siasatan. Dipercayai juga kes ini melibatkan sebuah kereta dan motorsikal mangsa.

Jenazah sudahpun dikebumikan semalam di Masjid Bendang Kering, Kuala Kangsar selepas solat Zuhur. Allahyarham telah pun menyertai pasukan Peral B-119 ni sejak Disember 2019 dan seorang pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar.

Sumber : Astro Awani



Sumber: Oh! Media