Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana menyamar menjadi pocong di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia, untuk menakutkan orang ramai.
Pada awalnya, seorang penduduk bernama Nandar berkata, dia nyaris terjatuh dari motosikal ketika ternampak pocong itu.
"Saya lihat pocong itu di pinggir jalan pada malam Jumaat, 17 Januari 2020, menyebabkan saya hampir terjatuh," katanya.
Bertindak di atas aduan penduduk, polis kemudian melakukan rondaan dan berjaya menangkap suspek pada yang kemudian dibawa ke balai.
Ketika disoal siasat, suspek yang bekerja dalam bidang perunding perkahwin mengaku berbuat demikian selepas habis bekerja.
"Saya baru pulang buka pelamin dan kebetulan ada kain putih, jadi saya cuba-cuba untuk pakai," katanya.
Polis menasihatkan orang ramai tidak melakukan tindakan seperti itu yang boleh mengancam keselamatan warga penduduk.
"Kami nasihatkan masyarakat tidak melakukan perbuatan aneh seperti ini yang boleh mengancam keselamatan orang lain seperti menyamar menjadi pocong.
Ini kerana semalam ada beberapa penunggang motosikal nyaris terjatuh kerana takut," katanya.
Sumber: Kompas
Sumber : thereporter.my