Fungsi Yang Di-Pertuan Agong Semasa Kemelut Politik Ketika Ini Yang Patut Korang Tahu


Seperti yang korang semua sedia maklum, sekarang negara kita sedang panas dilanda kemelut politik yang setakat ini tiada jalan penyelasaian. Sehinggakan Tun Mahathir dilantik semula menjadi Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dan segala pelantikan menteri dan timbalan menteri dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kemelut politik ini memperlihatkan bagaimana Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsinya sebagai Raja Berpelembagaan.

Sumber gambar dari WIC News
Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan personal interview keatas semua ahli parlimen seramai 221 orang bagi mendapat keputusan untuk melantik Perdana Menteri seterusnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara  43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan dimana Yang di-Pertuan Agong berhak melantik perdana menteri daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti.

Memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak mendapat keputusan yang jelas untuk melantik Perdana Menteri seterusnya berdasarkan Perkara 43 (2)(a), Paduka Baginda menjalankan fungsinya melalui Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan dalam perkara 38 (6)(b) dimana Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan.

Sumber gambar dari PMO
Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memilih untuk membubarkan parlimen dan memilih untuk pilihan raya diadakan , Paduka Baginda boleh menjalankan fungsinya dalam Perkara 55 (2), iaitu Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen. Jelas , Yang Di-Pertuan Agong bukan sahaja ketua agama Islam dan pelindung kepada kedudukan istimewaan orang Melayu sahaja, bahkan peranan Yang di-Pertuan Agong penting dalam hal pentadbiran negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

OHMEDIA: PADA YANG MENGECAM YANG DI-PERTUAN AGONG SEBELUM INI, HARAP KORANG FAHAM MENGENAI FUNGSI YDPA DALAM PENTADBIRAN.

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Baca respon pembaca tentang fungsi Yang Di-Pertuan Agong di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media