--> Skip to main content

Hasrat THT Lebur, UniKL Juara Piala TNB 2020


Pemain THT sedang mempertahankan gawang ketika diserang pemain UniKL.


KUALA LUMPUR, 23 Februari - Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) mempertahankan status juara Piala TNB lebur apabila tewas 1-2 kepada Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2020, semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan THT berjaya mendahului lawan seawal minit ke-13 menerusi Nabil Fikri Mohd Noor yang berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti ke gawang lawan.

Peluang THT tampak cerah melihat kepada keampuhan benteng pasukan dalam mengekang serangan bertali arus UniKL.
THT muncul naib juara Piala TNB 2020.

Pasukan kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu berjaya menambah gol kedua pasukan pada minit ke-38 tetapi dibatalkan pengadil untuk menghadiahkan THT pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, pukulan sudut penalti ditarik semula selepas perbincangan antara kedua pengadil.

Selang beberapa minit kemudian, pengadil sekali lagi melakukan keputusan kontroversi apabila memberikan kad kuning kepada tonggak pasukan, Jang Jong Hyun.
Jang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Tindakan itu nyata mengejutkan THT dan kelebihan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh UniKL yang berjaya menyamakan kedudukan melalui Mohd Faid Farhadh Mohd pada minit ke-48.

Selang beberapa saat kemudian, Tengku Ahmad Tajuddin pula berjaya meletakkan UniKL di depan sekali gus membantu pasukan itu muncul juara Piala TNB 2020.


















Sumber: teganukita.net
Tarikh Artikel: 23 February 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...